Tuesday, October 20, 2009

LAMAN WEB EKSPRES-i

Salam semua. Sukacita dimaklumkan, kini anda boleh mendapatkan lebih banyak info berkenaan KAEDAH MEMBACA EKSPRES-i di laman web terbaru kami yang boleh dilayari di alamat berikut :

Sunday, October 12, 2008

MENGAPA EKSPRES-i?

EKSPRES-i.. adalah inovasi terkini dalam dunia literasi.

Huruf -i mewakili wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah iaitu 'IQRA' yang membawa makna 'BACALAH'.



Kini mengajar dan belajar membaca semakin mudah dan menyeronokkan!

  • EKSPRES-i sesuai untuk semua peringkat umur.. seawal usia 3 tahun.. mahupun untuk dewasa. Ia cukup mudah dipelajari dan di aplikasikan!

  • Menggunakan kaedah pengecaman sukukata yang lebih efektif, menjimatkan masa serta tidak mengelirukan.

  • Memperkenalkan konsep imaginasi dan lenggok bunyi yang terbukti membantu proses pengecaman sukukata dengan lebih mudah dan cepat.

  • Disokong oleh buku bercirikan islamik yang ringkas dan mampu milik, tetapi lengkap dengan latihan membaca, menulis, cerita-cerita teladan dan panduan menggunakannya.

  • Sesuai digunakan untuk mengajar secara perseorangan atau pun secara beramai-ramai di dalam bilik darjah.

Sunday, September 28, 2008

SIARAN AKHBAR




EKSPRES-i : inovasi terkini belajar membaca


KUALA TERENGGANU- Persepsi masyarakat tentang kepentingan kemahiran membaca sememangnya semakin hari semakin memberangsangkan. Ramai ibubapa kini berharap agar anak-anak mereka boleh membaca seawal yang boleh agar lebih banyak pengetahuan lain dapat diterapkan pada peringkat usia rebung tersebut.

Kini, selaras dengan perkembangan teknologi dan inovasi, muncul pula satu lagi inovasi dalam dunia literasi diberi nama EKSPRES-i iaitu satu kaedah belajar membaca yang menekankan pengecaman sukukata secara sebut terus bunyinya. Proses pengecaman ini dipermudahkan lagi dengan bantuan method imaginasi dan lenggok bunyi membuatkan proses pembelajarannya menjadi lebih mudah dan menyeronokkan. Kaedah menarik ini ternyata sangat mudah dipelajari dan sama sekali tidak memerlukan pelajarnya mengeja atau mengetahui kaedah fonetik.

Kaedah EKSPRES-i ini diasaskan oleh pemilik Anjung Haris Ikhwan Resources, iaitu sebuah pusat pembelajaran dan motivasi yang aktif beroperasi di Terengganu iaitu Encik Ahmad Jaswadi bin Mohamed dan isterinya Puan Norli Binti Madlan. Pasangan suami isteri ini cukup berpengalaman mengendalikan bengkel-bengkel membaca ekspres dan telah banyak membantu kanak-kanak dari usia pra sekolah hinggalah kepada murid-murid kelas pemulihan sekolah rendah.

Pendekatan kaedah mudah membaca ini ternyata menarik minat syarikat penerbit buku terkenal iaitu PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. untuk membukukan kaedah tersebut dan diterbitkan agar dapat dikongsi dengan khalayak yang lebih luas. Buku berjudul BELAJAR MEMBACA KAEDAH EKSPRES-i ini kini boleh dimiliki dengan harga serendah RM 25 senaskhah. Walaupun harganya dilihat sebagai antara pilihan buku belajar membaca yang paling murah di pasaran, namun agak mengujakan juga bila mengetahui bahawa buku belajar membaca ini rupa-rupanya turut dilengkapi dengan latihan-latihan menulis serta sebuah cerita teladan di dalam sebuah naskhah yang sama.

9 Ogos lalu, berlangsungnya majlis previu kaedah EKSPRES-i di Dewan Seminar Yayasan Pembangunan Keluarga, Kuala Terengganu, dihadiri oleh para pengusaha dan guru-guru tadika serta pusat tuisyen. Majlis sehari itu dikendalikan sendiri oleh kedua-dua orang pengasas dengan penerangan lengkap berkenaan kaedah menggunakan buku tersebut dari perspektif sebagai guru kelas tadika atau ibu bapa yang ingin mengajar anaknya sendiri membaca. Kesemua peserta yang hadir mendengar previu berkaitan kaedah ini nyata berpuas hati dan melahirkan rasa gembira mereka dengan kemunculan kaedah terbaru ini.

Menurut Puan NabilahYaumi, Guru Besar Tadika dan Sekolah Rendah Islam Pintar Kuala Terengganu , “Kaedah ini memang lain dari yang lain. Dari dulu, saya memang lebih menggemari kaedah pengecaman sukukata berbanding kaedah mengeja atau fonetik. Ternyata pengasas kaedah EKSPRES-i juga menggunakan kaedah yang sama malah nampaknya mereka telah menjadikannya lebih lebih mudah dan cepat untuk dipelajari. Method imaginasi dan lenggok bunyi yang diperkenalkan juga sangat menarik dan menyeronokkan proses pembelajaran. Syabas kepada pengasas kerana telah berjaya memberi satu lagi alternatif dalam pemilihan kaedah membaca terbaik di pasaran.”

Gembira dengan pelbagai maklumbalas positif dari peserta previu tersebut, Encik Ahmad Jaswadi berkata bahawa beliau dan isterinya akan cuba meluangkan masa untuk berkongsi pengetahuan menggunakan kaedah tersebut menerusi siri seminarnya yang akan dianjurkan di seluruh Malaysia bermula Ogos ini. “Kaedah ini memang berkesan. Kami sendiri sepanjang mengendalikan bengkel-bengkel membaca ekspres telah banyak menggunakan kaedah lain, tetapi setelah ilham berkaitan kaedah ini diberikan oleh Allah, kami teruja kerana proses mengajar membaca kini telah menjadi lebih mudah dan menyeronokkan. Sebab itu, kami tidak lokek untuk berkongsi ilham ini dengan orang lain. Mudah-mudahan mereka juga akan mendapat manfaat daripadanya. ” Cetusnya penuh semangat.

Friday, September 26, 2008

INGIN MENGAJAR KANAK-KANAK MEMBACA ?


Jom dapatkan buku 'BELAJAR MEMBACA KAEDAH EKSPRES-i' yang merupakan buku terkini terbitan PTS Profesional & Publishing Sdn. Bhd.

Buku kaedah membaca terbaru di pasaran ini disusun hasil pengalaman penulis mengendalikan bengkel-bengkel membaca ekspres sejak sekian lama.


Kaedah membaca yang digunakan ternyata lain dari yang lain. Ia menggunakan kaedah pengecaman sukukata dengan bantuan imaginasi dan lenggok bunyi yang sangat menarik, mudah dipelajari dan menyeronokkan.

Kini anda boleh mengajar si rebung kesayangan anda membaca tanpa perlu mengeja, atau memperkenalkannya dengan kaedah fonetik. Konsep yang digunakan dalam buku ini hanya memerlukan si kecil mengecam dan menyebut terus sukukata yang dipelajarinya ! Sungguh mudah dan ekspres!


Kaedah ini telah terbukti berkesan diaplikasikan kepada kanak-kanak seawal usia 3 tahun hinggalah kepada murid pemulihan sekolah. Malah tempoh penguasaan yang diperlukan hanya sekitar 1 hingga 3 bulan sahaja!

Lebih menarik lagi, buku ini turut dilengkapi dengan latihan menulis dan kisah-kisah teladan. Jadi kini anda boleh mengajar permata hati anda membaca menulis, dan bercerita dengan menggunakan sebuah buku sahaja!


Panduan mengajar dan cara menggunakan kaedah ini turut disertakan di awal setiap modul. Jadi anda tidak perlu risau bagaimana ingin mengaplikasikannya! Malah pihak kami turut menganjurkan seminar-seminar di seluruh Malaysia untuk membantu anda menggunakan kaedah ini dengan lebih berkesan lagi.

Buku ini sangat sesuai digunakan di tadika-tadika, pusat-pusat tuisyen, sekolah atau untuk ibu bapa yang ingin mengajar anak sendiri membaca di rumah.


Jadi, jika anda berhasrat untuk mengajar si permata hati membaca dengan cara yang mudah dan cepat, dapatkan segera buku
BELAJAR MEMBACA KAEDAH EKSPRES-i !
Sila hubungi kami untuk menempah naskhah buku anda hari ini juga. Hanya RM 25 sahaja senaskhah.

Kos pengeposan menerusi POS EKSPRES ialah RM 4 sahaja untuk semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Untuk tempahan, sila bank in ke akaun di bawah dan maklumkan kepada kami tarikh dan masa bank in menerusi talian
019 - 9933668 (Cikgu Adie).

ANJUNG HARIS IKHWAN RESOURCES
No 9, Taman Jamili, Pengadang baru, Kuala Terengganu, 20050 Terengganu.
Telefaks : 09-6313 668

No akaun CIMB : 1302 00184 04054

SEMINAR KAEDAH MENGAJAR EKSPRES-i




Tahukah anda.. baru-baru ini Timbalan Menteri Pendidikan iaitu Dato' Razali Ismail telah mengumumkan bahawa bilangan pelajar tahun 1 yang masih gagal membaca dan menulis di seluruh Malaysia berada pada tahap yang membimbangkan ? Malah jumlah pelajar tahun 2 hingga tahun 6 yang masih tidak boleh membaca dengan lancar juga mencecah 300 000 orang !!


Statistik ini tentu sahaja agak mengecewakan kita kerana kemahiran membaca adalah asas kepada kejayaan seseorang kanak-kanak. Kalau dulu, kita hanya akan mengenal ABC sebaik sahaja menjejakkan kaki ke sekolah rendah namun pada hari ini, kanak-kanak yang melangkah ke tahun 1 tetapi masih tidak boleh membaca seakan menjadi satu 'beban' kepada guru yang mengajar kerana sukar menyelaraskan pembelajaran antara pelajar yang sudah lancar membaca dengan yang masih belum mengenal huruf.


Kerana itu masalah literasi bukanlah satu perkara yang boleh dianggap ringan. Kanak-kanak yang gagal membaca dengan baik sudah tentu sukar bersaing dengan rakan-rakannya yang lain hingga akhirnya akan menerbitkan rasa rendah diri dan tidak yakin dengan kemampuannya sendiri. Sudahnya, mereka akan terus ketinggalan dalam pelajaran. Sebagai individu bertanggungjawab, apa peranan yang cuba anda mainkan dalam mengatasi masalah ini ?


Sama ada anda ialah pengusaha tadika, pusat tuisyen, mahu pun sebagai ibubapa yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk si manja, kami pasti anda juga sentiasa mahukan cara termudah dan terpantas untuk mengajar mereka membaca. Apalagi jika ia adalah kaedah terkini di pasaran dan mulai hangat diperkatakan. Pastinya anda juga tidak mahu ketinggalan.

Namun, dalam mengajarkan sesuatu ilmu, sudah pasti anda sendiri perlu menguasainya dengan baik. Menyedari hakikat itulah, maka buku ini turut dilengkapi dengan panduan menggunakannya serta tips-tips berguna yang boleh memudahkan tugas tersebut.

Bukan itu sahaja, pihak kami juga turut menganjurkan seminar berkaitan cara mengaplikasikan kaedah ini dengan lebih berkesan. Seminar setengah hari ini akan diadakan mengikut jadual yang tersebut di bawah :


15/11/08 SABTU 2.30 – 6.00 PTG TEMERLOH, PAHANG
16/11/08 AHAD 2.30 – 6.00 PTG SHAH ALAM, SELANGOR
20/11/08 KHAMIS 2.30 – 6.00 PTG SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
22/11/08 SABTU 2.30 – 6.00 PTG AYER KEROH, MELAKA
23/11/08 AHAD 2.30 – 6.00 PTG JOHOR BHARU, JOHOR


Yuran penyertaan bagi seminar ini ialah RM 100 sahaja. Jika anda berminat menyertai kami, pastikan anda membuat tempahan awal kerana bilangan penyertaan juga terhad bagi memastikan kualiti penyampaian seminar dapat dilangsungkan dengan baik dan lancar.

Untuk pengesahan penyertaan, sila bank in yuran penyertaan ke dalam akaun
ANJUNG HARIS IKHWAN RESOURCES
CIMB : 1302 00184 04054
dan telefon atau SMS kami untuk memberikan maklumat berikut :
NAMA PESERTA :
NO. KAD PENGENALAN :
LOKASI SEMINAR :
TARIKH DAN MASA BANK IN :
ke talian berikut 09-6313 668 @ 019- 9933 668