Tuesday, May 10, 2011

SEPINTAS LALU MENGENAI KAMI

Nama syarikat : Anjung Haris Ikhwan Resources

No. Pendaftaran : TR 0047018

Alamat : No. 9, TAMAN JAMILI, PENGADANG BARU, KUALA TERENGGANU, 20050 TERENGGANU.

No. Telefaks : 09-631 3668

No. telefon bimbit : 019-993 3668


Alamat email : bacaekspres_i@yahoo.com

Pemilik : AHMAD JASWADI BIN MOHAMED @ ISMAIL & NORLI BINTI MADLAN

Kami menubuhkan Anjung Haris Ikhwan Resources sebagai satu usaha untuk membantu kanak-kanak meningkatkan prestasi pendidikan mereka. Pengalaman sewaktu mengajar di sekolah dan pusat tuisyen swasta yang lain memberi pendedahan kepada kami bahawa bukan semua kanak-kanak yang tercicir itu lemah dalam pembelajaran, sebaliknya bilangan pelajar yang ramai dalam sesebuah kelas menyebabkan mereka agak ketinggalan.

Ramai guru yang 'terlepas pandang' dengan beberapa pelajarnya kerana tidak mampu atau lebih tepat lagi tidak sempat membimbing bilangan pelajar yang ramai dalam satu-satu masa. Kerana itu, kami bertekad untuk menubuhkan pusat bantuan bimbingan sendiri untuk membantu pelajar-pelajar ini secara lebih peribadi. Untuk itu, bilangan pelajar dikecilkan antara 6 hingga 12 orang sahaja. Kami juga turut menitikberatkan hubungan rapat antara pihak kami dan ibubapa bagi memudahkan perbincangan berkaitan prestasi pelajar dari masa ke semasa.

Sewaktu mengendalikan kelas-kelas tuisyen, kami mendapati terdapat sebilangan pelajar sekolah rendah yang tidak boleh membaca. Keadaan ini tentu sahaja mengganggu proses pembelajaran iaitu apabila pelajar-pelajar ini berada dalam kelompok yang sama dengan pelajar-pelajar lain yang sudah lancar membaca.

Kerana itu kami akhirnya memutuskan untuk membuat kelas bimbingan khas untuk menempatkan pelajar-pelajar pemulihan ini didalam kelas yang sama dan mengikuti satu program yang dirangka khusus untuk mereka iaitu BENGKEL MEMBACA EKSPRES iaitu satu program yang membantu pelajar membaca dengan cara yang mudah dan cepat.

Sebaik sahaja program ini dilancarkan, rupa-rupanya sambutan yang diterima oleh pihak kami sangat menggalakkan. Peserta bengkel ini bukan sahaja terdiri daripada pelajar-pelajar pemulihan sekolah rendah, malah ramai ibubapa yang mempunyai anak-anak di peringkat pra sekolah turut berminat untuk menghantar anak-anak mereka. Untuk itu, peserta-peserta kami terdiri dari pelbagai peringkat umur kanak-kanak. Ada yang 4 tahun, ada yang darjah 4!

Akhirnya, kami terpaksa pula berdepan dengan pelbagai ragam bacaan. Sebahagian dari kalangan mereka telah lali dengan kaedah mengeja, manakala sebahagian yang lain pula telah terdedah kepada kaedah fonetik. Maka bengkel membaca kami jadi 'rojak' bila ada pelajar menyebut huruf b+a =ba, manakala ada yang menyebut 'beh'+'a' = ba.

Kemudian , kami memutuskan untuk mengajar kanak-kanak tersebut mengecam terus sukukata. Terus sahaja sebut bunyi 'ba'. Tidak ada lagi yang mengeja, tidak ada lagi yang menggunakan sebutan fonetik.

Hasilnya ? Hmm.. tak sangka masalah 'rojak' tu bukan saja selesai, malah peserta-peserta bengkel kami juga dapat menamatkan program membaca mereka dengan lebih cepat. KECUALI.. beberapa pelajar yang agak lemah.

Mereka ini dari kategori yang kurang keyakinan diri, takut-takut nak bersuara, lemah daya ingatan dan ada juga yang tidak minat langsung untuk belajar. Jadi, walaupun kaedah pengecaman sukukata telah membantu sebahagian pelajar membaca dengan lebih cepat, kami masih tidak berpuas hati kerana masih ada sebahagian kecil yang lambat menghabiskan modul bacaan mereka.

Sibuk memikirkan cara untuk membantu mereka, alhamdulillah, kami diberi ilham dari Allah untuk memperkenalkan kaedah imaginasi dan lenggok bunyi. Dengan inovasi ini, semua kanak-kanak boleh belajar membaca dengan cara yang lebih mudah, cepat dan menyeronokkan!

EKSPRES-i : INOVASI TERKINI DUNIA LITERASI

No comments: