Anda  ada anak di usia pra sekolah ? 3 tahun ? 4 tahun? 5? 6?  Atau mungkin  anak kesayangan anda sudah bersekolah rendah tetapi masih tidak tahu  membaca dengan baik. Berapa pun usia anak anda.. jika dia masih tidak tahu membaca, ambillah peluang keemasan ini untuk menabur jasa padanya!
Sedih  rasanya bila statistik menunjukkan pelajar pemulihan kini mencecah 600  000 orang. Tak boleh nak salahkan guru-guru juga. Mereka punya  tanggunjawab yang bukan sedikit di sekolah. Kami selalu berpendapat  alangkah mudahnya jika setiap ibubapa mengambil inisiatif sendiri untuk  mengajar anak masing-masing. Bukan untuk orang lain.. untuk kebaikan  anak kesayangan mereka itu juga..
Membaca  instrumen belajar. Tanpa kemahiran asas ni, sukar untuk untuk mendaki  puncak kejayaan. Sebagai muslim, kita akur dengan perintah pertama Allah  yang diwahyukan menerusi Muhammad junjungan besar kita. IQRA'.. yang bererti BACALAH. Semakin  cepat seorang kanak-kanak itu boleh membaca bermakna semakin cepat dia  boleh meneroka pelbagai ilmu dan semakin dekat pula dengan kejayaan.
Hairan  bin ajaib. Ramai ibubapa yang mengharapkan kejayaan anak mereka tapi  malas untuk mengusahakannya. Mereka lebih senang menyerahkannya kepada  guru sekolah..guru tuisyen.. atau sesiapa sahaja. Yang penting bukan  mereka sendiri! Sayang sekali ! Kemahiran membaca itu asas. Apa salahnya kalau yang asas ini kita sendiri yang menyumbangnya ?
Setiap  tahun, menjelang cuti akhir sekolah , ramai ibubapa yang terkejar-kejar  hantar anak ke pusat tuisyen atau pusat membaca untuk pastikan  anak-anak boleh membaca menjelang awal sesi persekolahan seterusnya.  Katanya..By hook..or by crook.. anak saya mesti pandai membaca ! 
Hm..ingat  ajar membaca ni macam buat magic ke ? Petik jari boleh dapat ? Tak  semudah itu kawan. Mengajar anak-anak perlukan kesabaran.. perlu  istiqamah. Kata Nabi, amalan sunat yang paling disukai Baginda ialah  yang berterusan walaupun sedikit.
Ngajar  membaca pun macam tu jugak. Setiap ibubapa yang tahu membaca.. mampu  mengajar anak mereka membaca. Tapi mesti istiqamah. Hari-hari. Kalau  makan boleh hari-hari..mandi hari-hari.. solat hari-hari.. mengajar  anak-anak pun, kalau boleh hari-hari juga. Cubalah praktikkan. 
Tak  perlu lama..dalam 5 minit sudah cukup baik. Sementara tunggu ayah  panaskan enjin kereta pun, ibu mungkin boleh ajar sekejap. Petangnya,  lepas minum petang, ajar 5 minit lagi. Malam sebelum tidur, try lagi 5  minit. Mmm.. kalau berterusan.. tak sampai 2 bulan, mungkin masalah  membaca anak kita akan selesai. 
Kalau kita boleh buat sendiri.. kenapa mesti serahkan pada orang lain? 
Bukankah  lebih jimat masa, duit dan tenaga kalau kita sendiri yang boleh  mengajarnya membaca ? Bukankah lebih menggembirakan jika melihat anak  boleh membaca hasil usaha kita yang sedikit itu sahaja ? 
Malah..  yang lebih penting.. bukankah lebih bermakna jika usaha kita yang  sedikit itu menawarkan pahala membukit yang berterusan mengalir walaupun  setelah kita meninggal dunia ? Ingatlah sabda  Baginda.. hanya 3 perkara yang masih boleh mengalirkan pahala buat  simati.. doa anak yang soleh.. amal jariah yang ikhlas.. dan ILMU  BERMANFAAT YANG DIAJARKAN KEPADA ORANG LAIN.. 
Tergamakkan  kita menolak ganjaran sebesar ini jika kita sedang menerima tawarannnya  ? Ajarlah anak anda membaca.. Entah-entah usaha kita yang sedikit  itulah yang menerangi dan membantu kita di barzakh nanti.. 
No comments:
Post a Comment