Tuesday, May 10, 2011

BELAJAR MEMBACA KAEDAH EKSPRES-i



Modul belajar Membaca dan menulis yang terkini dan tersendiri.
Dapatkan set modul Ekspres-i.

1 set mengandungi 4 buah buku yang menarik dan berwarna-warni.
Lengkap dengan latihan membaca, menulis, bercerita dan latihan pengukuhan.
Disusun secara sistematik untuk kegunaan di dalam kelas atau untuk ibubapa yang ingin mengajar anak sendiri membaca.
1 set = RM50 sahaja.

Promosi Kos pos percuma! (pos ekspres).

Tempah set anda sekarang!
Sila bank in ke akaun CIMB ;
1301 0000 289 108

ANJUNG HARIS IKHWAN RESOURCES
dan sms butiran nama dan alamat ke talian
019-9933668 ( Cikgu Adie)

APA KATA MEREKA TENTANG EKSPRES-i?

1) Cik NabilahYaumi, Guru Besar Tadika dan Sekolah Rendah Islam Pintar, Terengganu

" Dari dulu lagi saya memang menggemari kaedah pengecaman sukukata berbanding kaedah mengeja dan sistem fonetik. Menerusi EKSPRES-i, nampaknya kaedah ini telah dipermudahkan lagi. Teknik lenggok bunyi yang diperkenalkan juga sangat menarik. Saya juga telah menggunakan sendiri kaedah ini untuk membantu pelajar-pelajar saya membaca. Tahniah kepada pengasas kaedah EKSPRES-i kerana telah berjaya memberi satu alternatif dalam kaedah mengajar membaca. "

2) Puan Maimunah, Pengusaha Tadika dan Pusat Tuisyen Anjung Firasat

" Sebagai pengusaha tadika dan pusat tuisyen, saya sentiasa mencari-cari kaedah terkini dalam membantu pelajar-pelajar saya supaya cepat membaca. Kaedah EKSPRES-i memang cukup menarik dan lain dari yang lain. Saya sendiri telah menggunakannya dan mendapati ianya memang mudah diikuti oleh pelajar-pelajar saya berbanding kaedah lain. Malah beberapa orang pelajar saya berjaya membaca dalam tempoh 10 hari sahaja dengan bantuan modul EKSPRES-i! "

3) Puan Noridah, Guru Pemulihan SK Tasek Kuala Terengganu.

" Saya membahagikan pelajar-pelajar pemulihan di bawah tanggungjawab saya kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan belajar membaca menggunakan kaedah lain, manakala satu kumpulan lagi menggunakan kaedah EKSPRES-i. Hasil dan prestasi pelajar memang berbeza. Pelajar yang menggunakan kaedah ini ternyata telah berjaya menamatkan sukatan pembelajaran dengan lebih mudah dan naik tahap dengan cepat. Saya terlalu gembira dengan prestasi mereka hingga saya membuat keputusan untuk kekal mengajar kanak-kanak pemulihan ini walaupun mereka sepatutnya bertukar guru kerana telah naik tahap. "

4) Puan Sharifah Adawiyah, PASTI Al Mawaddah, Terengganu.

" Saya tertarik untuk mencuba modul ini setelah diperkenalkan oleh pengasasnya sendiri. Hasilnya memang menggembirakan. Pelajar-pelajar saya berjaya membaca dengan lebih mudah dan cepat berbanding sebelumnya. Ada ibubapa yang terkejut dengan prestasi anak mereka yang menunjukkan peningkatan yang agak drastik walaupun baru beberapa bulan sesi persekolahan bermula. Walaupun telah menghadiri kursus mengajar membaca menggunakan kaedah lain, saya masih berpendapat bahawa EKSPRES-i adalah lebih mudah untuk digunakan. "

5) Puan Mariatul, Guru Pemulihan, SK Convent Sentul 1, Kuala Lumpur

" Kaedah ini sangat baik kerana memmpunyai cara tersendiri dan mudah untuk difahami oleh murid. Saya akan menggunakannya."

6) Puan Noor Hana, Guru Pemulihan, SK Seri Tasek, Kuala Lumpur.

" Kaedah ini sangat menarik untuk dipraktikkan. Saya bersetuju jika kaedah ini digunakan sebagai pilihan mengajar di tadika dan sekolah-sekolah kerana murid akan lebih mudah menguasai kemahiran yang diajar. Ia satu kaedah yang mudah dan lebih efektif. "

7) Puan Noriza, Guru Pemulihan SK Taman Bukit Maluri, Kepong.

" EKSPRES-i adalah kaedah yang sangat baik bagi murid belajar membaca dengan cepat. Ia penemuan baru yang unik dan menarik. "

8) Encik Yap Seng Wing, Guru Pemulihan SRJK(C) Nan Kai,

" Kaedah yang sangat baik. Ia lain daripada apa yang biasa disaran dalam sukatan. Kaedah ini menyebabkan saya dan murid tidak akan boring berjumpa pada setiap hari. "

MENGAPA EKSPRES-i?

1) Kami menggunakan kaedah pengecaman sukukata. Menerusi kaedah ini pelajar tidak perlu mengenal huruf atau mengetahui sebutan fonetik. Mereka hanya perlu sebut terus bunyinya. Jadi ia lebih mudah dan sangat menjimatkan masa.

Contoh, untuk membaca sukukata ja, mereka akan melalui satu langkah sahaja iaitu terus membunyikan 'ja'. Jika menggunakan kaedah mengeja atau fonetik, kanak-kanak perlu melalui 3 langkah iaitu pertama, mengenal huruf atau bunyi 'j', kedua, mengenal huruf atau bunyi 'a', dan ketiga mengetahui bahawa huruf atau bunyi 'j' dan 'a' jika bertemu akan menghasilkan bunyi 'ja'.

Untuk itu, kaedah pengecaman sukukata yang kami gunakan terbukti lebih mudah dikuasai oleh kanak-kanak kerana ia dapat menghapuskan beberapa langkah asas tadi.

2) Berapa banyak pola sukukata yang ada dalam Bahasa Melayu? Bayangkan berapa ribu yang perlu diingat oleh seorang kanak-kanak berumur 4 tahun bagi membolehkannya membaca dengan baik ? Sudah tentu dia akan menghadapi kesukaran untuk mengingatinya.

Apatah lagi, jika sekadar mengecam sahaja, dia juga mungkin akan lupa apa yang telah diingatnya. Menerusi EKSPRES-i, kami memperkenalkan teknik imaginasi bagi membantu kanak-kanak mengecam sukukata asas dengan lebih mudah.

Contohnya, untuk mengecam sukukata 'a' maka kami katakan "yang bulat ni macam 'a'wan". Manakala untuk sukukata 'ba', kami katakan "yang ada perut didepan ini macam 'ba'dan. Jadi dengan kiasan tersebut, kanak-kanak ada sesuatu yang boleh membantu ingatan mereka dalam proses pengecaman.

3) Setelah kanak-kanak dapat mengecam sukukata asas dengan baik, kami akan memperkenalkan mereka dengan sukukata-sukukata lain. Kali ini, mereka akan mengecam dengan dibantu oleh teknik lenggok bunyi.

Teknik ini sungguh mudah sama ada untuk memperkenalkan sukukata terbuka, tertutup, diftong atau sukukata yang melibatkan gugusan konsonan. Malah, kanak-kanak juga diajak menyanyi supaya mereka boleh mengecam dengan mudah. Sudah tentu ini akan menyeronokkan proses pembelajaran!

SEPINTAS LALU MENGENAI KAMI

Nama syarikat : Anjung Haris Ikhwan Resources

No. Pendaftaran : TR 0047018

Alamat : No. 9, TAMAN JAMILI, PENGADANG BARU, KUALA TERENGGANU, 20050 TERENGGANU.

No. Telefaks : 09-631 3668

No. telefon bimbit : 019-993 3668


Alamat email : bacaekspres_i@yahoo.com

Pemilik : AHMAD JASWADI BIN MOHAMED @ ISMAIL & NORLI BINTI MADLAN

Kami menubuhkan Anjung Haris Ikhwan Resources sebagai satu usaha untuk membantu kanak-kanak meningkatkan prestasi pendidikan mereka. Pengalaman sewaktu mengajar di sekolah dan pusat tuisyen swasta yang lain memberi pendedahan kepada kami bahawa bukan semua kanak-kanak yang tercicir itu lemah dalam pembelajaran, sebaliknya bilangan pelajar yang ramai dalam sesebuah kelas menyebabkan mereka agak ketinggalan.

Ramai guru yang 'terlepas pandang' dengan beberapa pelajarnya kerana tidak mampu atau lebih tepat lagi tidak sempat membimbing bilangan pelajar yang ramai dalam satu-satu masa. Kerana itu, kami bertekad untuk menubuhkan pusat bantuan bimbingan sendiri untuk membantu pelajar-pelajar ini secara lebih peribadi. Untuk itu, bilangan pelajar dikecilkan antara 6 hingga 12 orang sahaja. Kami juga turut menitikberatkan hubungan rapat antara pihak kami dan ibubapa bagi memudahkan perbincangan berkaitan prestasi pelajar dari masa ke semasa.

Sewaktu mengendalikan kelas-kelas tuisyen, kami mendapati terdapat sebilangan pelajar sekolah rendah yang tidak boleh membaca. Keadaan ini tentu sahaja mengganggu proses pembelajaran iaitu apabila pelajar-pelajar ini berada dalam kelompok yang sama dengan pelajar-pelajar lain yang sudah lancar membaca.

Kerana itu kami akhirnya memutuskan untuk membuat kelas bimbingan khas untuk menempatkan pelajar-pelajar pemulihan ini didalam kelas yang sama dan mengikuti satu program yang dirangka khusus untuk mereka iaitu BENGKEL MEMBACA EKSPRES iaitu satu program yang membantu pelajar membaca dengan cara yang mudah dan cepat.

Sebaik sahaja program ini dilancarkan, rupa-rupanya sambutan yang diterima oleh pihak kami sangat menggalakkan. Peserta bengkel ini bukan sahaja terdiri daripada pelajar-pelajar pemulihan sekolah rendah, malah ramai ibubapa yang mempunyai anak-anak di peringkat pra sekolah turut berminat untuk menghantar anak-anak mereka. Untuk itu, peserta-peserta kami terdiri dari pelbagai peringkat umur kanak-kanak. Ada yang 4 tahun, ada yang darjah 4!

Akhirnya, kami terpaksa pula berdepan dengan pelbagai ragam bacaan. Sebahagian dari kalangan mereka telah lali dengan kaedah mengeja, manakala sebahagian yang lain pula telah terdedah kepada kaedah fonetik. Maka bengkel membaca kami jadi 'rojak' bila ada pelajar menyebut huruf b+a =ba, manakala ada yang menyebut 'beh'+'a' = ba.

Kemudian , kami memutuskan untuk mengajar kanak-kanak tersebut mengecam terus sukukata. Terus sahaja sebut bunyi 'ba'. Tidak ada lagi yang mengeja, tidak ada lagi yang menggunakan sebutan fonetik.

Hasilnya ? Hmm.. tak sangka masalah 'rojak' tu bukan saja selesai, malah peserta-peserta bengkel kami juga dapat menamatkan program membaca mereka dengan lebih cepat. KECUALI.. beberapa pelajar yang agak lemah.

Mereka ini dari kategori yang kurang keyakinan diri, takut-takut nak bersuara, lemah daya ingatan dan ada juga yang tidak minat langsung untuk belajar. Jadi, walaupun kaedah pengecaman sukukata telah membantu sebahagian pelajar membaca dengan lebih cepat, kami masih tidak berpuas hati kerana masih ada sebahagian kecil yang lambat menghabiskan modul bacaan mereka.

Sibuk memikirkan cara untuk membantu mereka, alhamdulillah, kami diberi ilham dari Allah untuk memperkenalkan kaedah imaginasi dan lenggok bunyi. Dengan inovasi ini, semua kanak-kanak boleh belajar membaca dengan cara yang lebih mudah, cepat dan menyeronokkan!

EKSPRES-i : INOVASI TERKINI DUNIA LITERASI

INGIN MENGAJAR KANAK-KANAK MEMBACA ?

Mengajar kanak-kanak membaca ada cabarannya yang tersendiri. Bukan semua individu sanggup melakukannya. Kalau tidak, tentu pusat-pusat membaca seperti kami tidak perlu beroperasi.

Pengalaman mengendalikan bengkel-bengkel membaca ekspres menemukan kami dengan pelbagai keluhan ibubapa dan guru-guru tentang ragam anak-anak kecil setiap kali diajak belajar membaca. Akhirnya mereka bosan. Ibubapa yang bosan terus mengambil langkah mudah mengeluarkan sedikit belanja untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat tuisyen.

Mujurlah kalau usaha mereka itu berjaya membantu anak-anak kesayangan itu membaca. Tapi bagi yang gagal, tentu rasa sakit hati. Maklumlah banyak duit, masa dan tenaga dihabiskan, tapi anak-anak mereka masih juga dalam kategori 'murid pemulihan'.

Guru-guru tadika dan pemulihan lain pula cabarannya. Bukan seorang dua pelajar yang perlu diberi perhatian.. tapi berpuluh-puluh! Kalau prestasi pelajar-pelajar tidak bertambah baik, guru besar mula bising, JPN mula masuk campur.. malah di parlimen pun sibuk perkatakan statistik pelajar pemulihan yang kian meningkat. Khabarnya kini dah pun mencecah 600 000 !

Aduhai.. garu kepala cikgu-cikgu kita!

Apa pun jangan panik! Kata orang.. jangan hanya sibuk menghitung berapa tinggi gunung yang nak didaki.. tapi terus mulakan dengan langkah pertama. Biar perlahan.. asalkan jangan berhenti!

Mengajar kanak-kanak membaca pun macam tu. Sentiasa ingat, kita bukan buat 'magic'.. mustahil boleh buat mereka membaca dalam sekelip mata. Jadi, ambillah masa..belajar untuk bersabar.. dan yang paling penting istiqamahlah. Teruskan usaha.. hari demi hari. InsyaAllah, bila lihat kesungguhan kita, Allah yang Maha Mengasihani tentu akan menunaikan hasrat kita untuk melihat anak-anak comel ini membaca.

Di samping itu, jenguk-jenguklah cara dan kaedah yang kita gunakan. Maklum sajalah.. kalau menumbuk cili menggunakan lesung, lambat laun pasti cili akan hancur juga. Tapi kalau guna 'blender', kan lebih senang. Lebih cepat cili hancur, lebih jimat masa dan tenaga.

Sama halnya dengan mengajar membaca. Kalau masih ajar mengeja, boleh juga. Zaman kita dulu-dulu pun cikgu ajar membaca dengan cara mengeja. Pandai juga kita membaca. Tapi hmm.. lambatlah. Maklumlah banyak sangat 'step'nya.

Zaman sekarang, serba-serbi orang nak cepat. Kanak-kanak umur 4 tahun pun ramai yang dah boleh membaca. Takkan kita masih nak guna kaedah lama. Zaman dah berubah.. dunia dah maju. Kaedah mengajar membaca pun elok juga kalau diubah. Jimat masa dan tenaga. Jadi, buka mata dan telinga.. jenguk-jenguklah kaedah terkini yang mungkin bakal memudahkan tugas kita melentur si rebung kesayangan!

EKSPRES-i : Inovasi terkini dunia literasi

MENGAPA SERAHKAN PADA ORANG LAIN ?


  • Anda ada anak di usia pra sekolah ? 3 tahun ? 4 tahun? 5? 6? Atau mungkin anak kesayangan anda sudah bersekolah rendah tetapi masih tidak tahu membaca dengan baik. Berapa pun usia anak anda.. jika dia masih tidak tahu membaca, ambillah peluang keemasan ini untuk menabur jasa padanya!

  • Sedih rasanya bila statistik menunjukkan pelajar pemulihan kini mencecah 600 000 orang. Tak boleh nak salahkan guru-guru juga. Mereka punya tanggunjawab yang bukan sedikit di sekolah. Kami selalu berpendapat alangkah mudahnya jika setiap ibubapa mengambil inisiatif sendiri untuk mengajar anak masing-masing. Bukan untuk orang lain.. untuk kebaikan anak kesayangan mereka itu juga..

  • Membaca instrumen belajar. Tanpa kemahiran asas ni, sukar untuk untuk mendaki puncak kejayaan. Sebagai muslim, kita akur dengan perintah pertama Allah yang diwahyukan menerusi Muhammad junjungan besar kita. IQRA'.. yang bererti BACALAH. Semakin cepat seorang kanak-kanak itu boleh membaca bermakna semakin cepat dia boleh meneroka pelbagai ilmu dan semakin dekat pula dengan kejayaan.

  • Hairan bin ajaib. Ramai ibubapa yang mengharapkan kejayaan anak mereka tapi malas untuk mengusahakannya. Mereka lebih senang menyerahkannya kepada guru sekolah..guru tuisyen.. atau sesiapa sahaja. Yang penting bukan mereka sendiri! Sayang sekali ! Kemahiran membaca itu asas. Apa salahnya kalau yang asas ini kita sendiri yang menyumbangnya ?

  • Setiap tahun, menjelang cuti akhir sekolah , ramai ibubapa yang terkejar-kejar hantar anak ke pusat tuisyen atau pusat membaca untuk pastikan anak-anak boleh membaca menjelang awal sesi persekolahan seterusnya. Katanya..By hook..or by crook.. anak saya mesti pandai membaca !

  • Hm..ingat ajar membaca ni macam buat magic ke ? Petik jari boleh dapat ? Tak semudah itu kawan. Mengajar anak-anak perlukan kesabaran.. perlu istiqamah. Kata Nabi, amalan sunat yang paling disukai Baginda ialah yang berterusan walaupun sedikit.

  • Ngajar membaca pun macam tu jugak. Setiap ibubapa yang tahu membaca.. mampu mengajar anak mereka membaca. Tapi mesti istiqamah. Hari-hari. Kalau makan boleh hari-hari..mandi hari-hari.. solat hari-hari.. mengajar anak-anak pun, kalau boleh hari-hari juga. Cubalah praktikkan.

  • Tak perlu lama..dalam 5 minit sudah cukup baik. Sementara tunggu ayah panaskan enjin kereta pun, ibu mungkin boleh ajar sekejap. Petangnya, lepas minum petang, ajar 5 minit lagi. Malam sebelum tidur, try lagi 5 minit. Mmm.. kalau berterusan.. tak sampai 2 bulan, mungkin masalah membaca anak kita akan selesai.

  • Kalau kita boleh buat sendiri.. kenapa mesti serahkan pada orang lain?

  • Bukankah lebih jimat masa, duit dan tenaga kalau kita sendiri yang boleh mengajarnya membaca ? Bukankah lebih menggembirakan jika melihat anak boleh membaca hasil usaha kita yang sedikit itu sahaja ?

  • Malah.. yang lebih penting.. bukankah lebih bermakna jika usaha kita yang sedikit itu menawarkan pahala membukit yang berterusan mengalir walaupun setelah kita meninggal dunia ? Ingatlah sabda Baginda.. hanya 3 perkara yang masih boleh mengalirkan pahala buat simati.. doa anak yang soleh.. amal jariah yang ikhlas.. dan ILMU BERMANFAAT YANG DIAJARKAN KEPADA ORANG LAIN..

  • Tergamakkan kita menolak ganjaran sebesar ini jika kita sedang menerima tawarannnya ? Ajarlah anak anda membaca.. Entah-entah usaha kita yang sedikit itulah yang menerangi dan membantu kita di barzakh nanti..